1. MEMPERTAHANKAN INSTITUSI BERAJA YANG MENJADI TONGGAK KEHORMATAN SEBUAH NEGARA.
Contoh ini aku buat dari banyak pemerhatian kepada negara yang maju dan dihormati walau tidak kurang banyak yang gagal tetapi kegagalan itu bukan kerana sistem beraja itu tetapi tersimpan disebaliknya tangan-tangan yang ingin ianya runtuh dan menyebabkan sistem itu runtuh sama dan kerajaan itu menjadi tidak dihormati walaupun menunjukan ia nya kuat tapi rakyatnya akan menanggung segala kekesalan kehilangan selepas itu.
Contoh terbaik adalah Negara England yang masih mengekalkan sistem mornaki beraja. Kita boleh lihat bagaimana negara tersebut terus berdaya saing dalam pelbagai peringkat acara dihormati agama mereka menjadikan sistem itu terus relevan untuk dipertahankan. Begitu juga dengan Negara Belanda, Sepanyol, Thailand dan beberapa negara Eropah yang lain yang masih mengekalkan sistem beraja ini. Jika kita melihat sistem didalam Negara Islam kita boleh lihat Negara Arab Saudi, Kuwait, Brunei dan beberapa negara Islam yang mengekalkan sistem ini dan disandarkan dengan sistem khalifah yang disesuaikan dari masa kesemasa walau tidak kelihatan ketara tapi ianya dapat dilihat dengan cara penyatupaduan sistem asas sesebuah negara dibentuk dan dibangunkan dengan berkesan.
Negara yang gagal yang telah membuang sistem beraja menjadikan rakyat menderita hari ini dan lambat berkembang adalah seperti India, China Dan Indonesia. Negara ini dahulu adalah sebuah kerajaan yang cukup kuat dan digeruni diseluruh pelusuk dunia. Negara-negara ini mempunyai kerajaan yang menakluk negara-negara yang kini muncul sebagai satu kuasa besar yang masih mempertahankan sistem beraja.
India satu masa dahulu mempunyai pemerintahan yang cukup gah sehingga satu ketika rakyatnya dikatakan cukup hebat dan makmur dalam menempuh hidup. Apabila kedatangan British ke India dan rakyatnya mula membuka pintu kelemahan untuk ditakluk oleh kerajaan British sehingga hari ini India masih tidak dapat keluar dari bayangan penjajah tersebut walau mendikit mengubah kemajuan rakyatnya.
China pula terlibat dalam banyak bentuk peperangan saudara dan ketamakkan memerintah dan sehingga kini rakyat masih terkurung dengan satu bentuk pemikiran, walaupun ada yang cuba dan telah keluar tapi masih ramai lagi yang terkurung dengan idea. Mereka kini membentuk sebuah negara yang melonjakkan ekonomi sebagai pemangkin untuk merubah situasi itu. Berjaya atau tidak mereka tetap telah gagal mengekalkan satu sistem yang mereka boleh menjadi lebih kuat dan lebih berjaya dari sekarang jika mereka mengekalkan sistem beraja dan mempertahankan agama.
Indonesia pernah mempunyai sebuah kerajaan yang sangat gah, bala tentera yang sungguh hebat dan digeruni satu ketika dulu. Kini rakyatnya terpaksa berjuang untuk mendapatkan sesuap makanan kerana perasaan yang terkurung didalam diri dan jiwa masyarakat dulu memandang pemimpin dan pemerintah sebagai satu alat yang menyusahkan, sedangkan jika mereka mempertahankannya sehingga hari ini Indonesia akan kekal mempunyai negara terbesar dikelilingi pulau yang sangat besar didunia. Indonesia mempunyai gugusan Pulau yang banyak khazanah ekonomi, jika mereka membuang semenanjung Malaysia hari ini mereka tetap kaya dan kuat. Menjadikan negara menolak Islam sebagai agama rasmi sedangkan penduduk Islam terbesar dunia terletak di Indonesia dan membuang sistem pemerintahan beraja disitulah bermula episod kejatuhan dan kelemahan Indonesia. Aku berdoa agar Indonesia kembali menjadi kuat dengan meletakan Islam sebagai agama rasmi kerana rakyatnya yang beragama Islam adalah terbesar didunia ketika ini.
2. MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DENGAN MENGEKALKAN AJARANNYA
Disini agama Islam memainkan peranan yang cukup penting dalam menyatupadukan penduduk dengan pendekatan dan pemahaman. Menerangkan dalam bentuk yang pelbagai walau ketika ini terdapat terlalu banyak tangan dibelakang yang hendak meruntuhkan sisitem ini menjadikan negara ini sekular dan membuang sistem beraja untuk melantik presiden mengawal selia semua perkara. Disinilah kekuatan islam diuji dan bertindak dalam menyerap segala tekanan dan asakan lalu melontarkan dalam pelbagai bentuk melalui tulisan, ucapan, gerakan dan pelbagai lagi.
Tindakan segelintir kumpulan mendesak kerajaan menerima Perkumpulan atau badan perbincangan agama yang dinamakan dengan IFC adalah satu bentuk yang cukup keterlaluan. Aku bersetuju jika satu undi dari setiap agama itu akan diwakili 5 undi dari orang Islam, contohnya jika seorang kristian didalam IFC orang Islam haruslah 5 orang, jika buddha seorang Islam akan diwakili dengan 5 orang begitu juga dengan hindu seorang Isalam akan mewakili seramai 5 orang jadi contohnya kerusi yang perlu ada untuk mestilah lebih kepada orang Islam.
Kiraannya : Wakil Agama Kerusi Wakil Agama Kerusi
Islam 5 Kristian 1
Islam 5 Buddha 1
Islam 5 Hindu 1
Islam 5 Sikh 1
Islam 5 Lain2 Pertimbangan
Jumlah 25 4
Inilah sistem yang berkesan untuk majlis IFC, yang aku pasti akan dipersetujui. Dan semua keputusan akan dipengerusikan oleh orang yang beragama Islam dalam menentukan keputusannya dan tidak boleh dibuat sebarang bantahan melalui apa jua saluran jika keputusan telah dibuat oleh pengerusi.
Mengapa aku menulis begini dan menyatakan demikian? Sebabnya cukup mudah kerana negara ini mengamalkan perlembagaan Islam dan sistem beraja yang tidak boleh atau cuba digugat dengan tangan-tangan yang dibelakang takbir berlandaskan apa jua bentuk kepentingan baik dari segi agama, ekonomi dan politik yang cuba menjejaskan perpaduan dan keutuhan negara ini.
Aku menyatakan dengan cukup tepat agar dapat dicari maksud mengapa Malaysia masih lagi utuh dicemburui sehingga pantang ada kesilapan sedikit akan cuba digugat. Kerja-kerja dari tangan yang tersembunyi ini mudah dan boleh dibaca ketika ini dengan cukup mudah cuma kita tidak tahu SIAPA.
Aku mempertahankan dua perkara ini kerana dengan dua perkara ini cukup jelas menjadikan Malaysia dihormati dan dipandang sebagai satu saingan yang sihat serta selalu dilihat untuk maju seperti menjadikan satu simbol atau tanda yang menyatakan keupayaan Malaysia memacu satu arah menentang segala bentuk kerosakan yang cuba dibuat oleh segelintir manusia yang tidak tahu berterima kasih didalam Malaysia sendiri, rakyat Malaysia sendiri.
Pandangan aku ini tidak mewakili mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) atau seumpamanya. Pandangan aku ini membuka minda untuk berfikir bukan setakat ahli agama, politik, ekonomi, golongan profesional tetapi setiap lapisan rakyat tidak kira apa bangsa agama dan fahaman harus berfikir dan berpijak.
Jangan mengkritik sebab aku ada satu cerita dari temanku seorang yang berbangsa India dan berpegang dengan ajaran Hindu yang sangat kuat memberitahu aku sesuatu yang telah lama aku tahu iaitu SABAR.
Katanya begini :
".....jika kau dengar satu cerita yang menyukakan atau kamu tak suka balik kerumah dulu, mandi, makan, rehat selepas itu pergi tidur dan jangan memikirkan apa yang kamu dengar.....sabar selama 3 hari dan kemudian bertanyalah kepada yang lebih pakar dan faham perkara itu, jangan terus buat keputusan tunggulah selepas kamu benar-benar telah selesa bukan dengan keselesaan nafsu......"
cukup menarik kerana perkara ini telah diajar didalam Islam 1431 tahun yang dulu.
Ini hanya pandangan ku.....pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia dan pertahankan sistem beraja yang sedia ada dan jangan terpengaruh dengan apa jua hasutan kerana Malaysia membentuk satu sistem Khalifah yang tidak begitu menonjol tetapi memperjuangkan dengan Pas sebagai parti politik menjadi badan pemantau semua aktiviti dibantu check and balance dari setiap rakyat.
Sekarang tugas yang sukar memilih antara parti UMNO atau PAS itu sahaja. Kedua-duanya Melayu, UMNO menjadi sukar kerana amalan dan kebenaran rasuah untuk memerintah dan PAS pula setengah ahlinya menjadi terlalu extream ingin membentuk sesuatu yang diluar kefahaman. Kedua-dua kelemahan inilah menjadi peluang kepada anasir lain cuba mengganggu gugat keamanan keharmonian dan prinsip ketekunan kerjasama membentuk Negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment