Saturday, September 27, 2014

Lading Puaka Trailer v2 - Specialized Weapon in Malay Martial ArtsTrain...

Geng 86 KHIANAT

Friday, June 13, 2014

Adakah HANTU Wujud? - Ustaz Azhar Idrus

World Cup Fever Nike Last World Cup Commercial 2014 Ft.Cristiano Ronaldo, Neymar Jr, Roo...

AKU MULA MENULIS
Semalam sebuah cerita menentukan haluan semula. Makan, pakai, tempat tinggal, kehidupan, hati, perasaan dan bermacam lagi datang menjengah untuk sekian kali lagi. Bukan mudah untuk melalui kehidupan dengan nama AIDID RIDZLON BIN AHMAD HANAFI ini. Tiada satu yang indah dan mudah, semua bermula dan tidak pernah akan berakhir dengan mudah seperti yang difikirkan oleh semua orang.
Mari bercerita tentang kehidupan.
Apa yang dicari oleh seorang lelaki yang normal dalam sebuah kehidupannya. Dan apa yang dicari oleh seorang wanita yang normal dalam sebuah kehidupannya. Ini hanya sebuah pandangan bebas yang tidak menyentuh sesiapa. Seorang lelaki memerlukan seorang wanita, harta yang berupa anak-anak dan kedudukan yang baik didalam kehidupannya berupa pangkat yang menunjukkan kuasa. Seorang wanita pula memerlukan harta berbentuk perhiasan dan kecantikan, makanan dan tempat tinggal yang selesa.
Pertentangan yang sangat ketara yang tidak terfikirkan. Lelaki dipandang dengan sifat ego dan perempuan pula dipandang sebagai sangat metalrialistik. Di mana lelaki dan wanita ini akan letak kehidupan mereka ini? Pelbagai pandangan di utarakan oleh pelbagai pihak. Pendapat Ulama, ahli fikir, golongan bijak pandai, profesional didalam bidangnya dan jugak mereka dari golongan orang biasa yang tidak kurang ada kebenarannya dari segi pemikiran dan pandangan. Semua akan mengutarakan pendapat masing-masing dengan teori, falsafah dan atas pengalaman hidup.
Perkara pertama yang selalu di perbincang secara tidak langsung adalah dari segi hubungan sex. Perbincangan secara tertutup atau terbuka adalah dibuat berdasarkan pada keperluan semasa ketika itu. Kenapa sex menjadi perkara pertama yang di sebut? Semuanya itu adalah bersifat semulajadi dan umum. Jika dilihat dari setiap perbincangan serius atau santai, perihal wanita akan masuk sedikit dalam perbincangan dan akan ada pula pendapat yang akan diutarakan.
Perkara kedua adalah dari segi ekonomi. Kenapa pula ekonomi? Apa yang diutarakan bila anda memulakan perbicaraan? Macam mana sekarang? Kerja ok? Business ok? Tidak kira di mulakan diawal, pertengahan atau sedang dalam perbincangan. Lelaki selalunya akan bersifat lebih terbuka berkenaan dengan ekonomi ini. Tapi mereka tidak agresif dalam meminta atau memberi sebarang pendapat atau pandangan. Wanita pula lebih bersifat mendesak walau didalam perbincangan nampak seperti "cool", watak mereka sangat terserlah dari nada suara dan bahasa tubuh.
Perkara ketiga adalah naluri perasaan. Bagi lelaki mereka lebih mudah untuk tidak ambil peduli sangat dengan pelbagai pekara yang melibatkan perasaan, tetapi akan mencari jalan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan setiap masalah. Ada juga yang mengambil masa untuk diselesaikan tetapi mereka akan cuba memudahkan. Lelaki tidak memerlukan terlalu banyak bercakap tetapi lebih kepada tindakan dan rancangan yang disusun dengan rapi sempurna. Wanita akan menyimpan perasaan untuk dijadikan seperti satu serangan dan "protection" dimasa tertentu. Mereka ini akan membicarakan mengenai perasaan mengikut naluri kewanitaan mereka, dari segi masalah diri sehinggalah kepada masalah keluarga, masyarakat dan negara melalui pandangan yang dihadapan mereka sahaja. banyak diantara mereka ini lebih kepada cakap dan bukti. Wanita juga membuat perancangan tetapi lebih bersifat mengikut keadaan sekeliling.
Pandang mengenai lelaki dan wanita ini adalah bersifat umum. Banyak perkara boleh dikembangkan dan diperbincangkan, semua pandangan, perhatian dan pendapat hendaklah perlu diberikan daalam pandangan yang positive.