Thursday, December 31, 2015

AKU MENULIS HENDAK KE KAU MEMBACA

1. Silat    - Solat
2. Melayu   - Jawi
3. Adab     - Sopan
4. Tanggung - Jawab

Pengertian yang cukup mendalam membahaskan bahasa, faham, naluri, ilmu, qalam dan aqal. Turut terikut bersifat sidiq dan amanah. Maksud yang dihuraikan dibahas dengan ilmu, pengetahuan, pengertian, tertib dan beradab.

1. Silat - Solat
Pengertian dari segi bahasa mudah "Silat" adalah seni mempertahankan diri berbentuk fizikal yang dilakukan dengan cara latihan dan tunjuk ajar yang betul. Apabila dilakukan dengan kerap dan tersusun ianya menjadi satu seni yang melatih jiwa menjadi bersemangat kental dan fokus.

Pengertian untuk "Solat" pula ada satu amalan menghambakan diri kepada "DIA" yang mencipta setiap benda pekara dan unsur di seluruh alam semesta. Di lakukan dengan fizikal dilatih dengan tunjuk ajar penuh kasih dan sayang didalam setiap bentuk ucapan dan perbuatan dengan sepenuh pengharapan untuk mendekatkan diri hamba kepada "DIA". Wajib sebagai umat Islam dan manusia melakukannya setiap masa yang ditetapkan dan berterusan tanpa ada alasan. Melatih jiwa ROHANI dan NURANI.

Nampak sama tapi tak serupa, nampak serupa tapi tak sama. Rasa faham tapi tak paham, rasa paham tapi tak faham.


2. Melayu - Jawi
Pengertian sebutan "Melayu" dari segi bahasa adalah satu bangsa dari satu rumpun keturunan tertentu.

Pengertian "Jawi" pula atas kefahaman adalah satu bentuk tulisan abjad tulisan "Arab" dan "Melayu" pula disebut sebagai "Rumi"@"Roman".

Pengertian dari segi ilmu pula adalah "Melayu" itu adalah sebutan sama erti "Jawi" oleh banyak penyelidik dan pakar bahasa seluruh dunia yang diterjemahkan kepada bahasa sesuatu bangsa. Sebagai contoh, bangsa lain diseluruh dunia yang di panggil dalam pelbagai sebutan, salah satu yang paling hampir dan nampak sama tapi tidak serupa adalah "RED INDIAN". Adakah "RED INDIAN" berasal dari India, kalau begitu kenapa tidak dipanggil orang India itu "Red Indian"? Begitulah bangsa "Melayu" ini kenapa tidak terus dipanggil "Jawi" sahaja? Semua itu memerlukan ilmu, pengetahuan, akal yang waras, hati yang bersih, sifat yang amanah, perbuatan dan percakapan yang jujur dan ikhlas dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Haq orang seronok kita tengok, ingat itu haq orang dengan maksud ada tuan yang punya. Di beri ambil, jangan menadah melulu. Jangan mencuri, nanti nampak tipunya. Jangan mendabik, ilmu disimpan untuk diguna.


3. Adab - Sopan
Pengertian "Adab" adalah dalam maksud perilaku perbuatan menghormati.

Pengertian "Sopan" adalah sikap yang baik, hormat, tersenyum dan taat kepada sesuatu peraturan.

Kenapa "Adab" - "Sopan" ini selalu disebut dengan perkataan "DAN" ditengahnya? Pengertian yang mudah adalah setiap percakapan akan diikuti dengan perbuatan yang sama. Tidak melanggar peraturan adalah penting dalam setiap kehidupan manusia untuk mengelak sebarang masalah yang diluar jangka.

Tidak semestinya suara ramai @ majoriti itu menentukan bentuk satu adab dan menjadi sopan didalam sesuatu masyarakat. Bukan juga suara yang menentang itu menolak kebaikan yang dibawa, tetapi penolakkan itu harus di timbang dengan ilmu. Ilmu terangkum didalam sejarah, ilmu fizik, ilmu hayat, ilmu pencaturan pengiraan dan bila di baca ada ilmu yang di belajar melalui alam, haiwan dan juga manuisa. Ilmu yang dilihat dengan mata zahir, ilmu yang dilihat dengan mata batin Nurani yang direbut Rohani.

Jangan tunjuk aib kita, minta ampun dan maaf pada "DIA" agar ditutup segala aib dan malu kita. Jangan buka aib orang, minta maaf selagi ada tapi jika sudah tiada hadiahkan lah selalu kepada mereka yang sudah tidak kita jumpa.


4. Tanggung - Jawab  
Maksud "Tanggung" adalah sanggup memikul sesuatu amanah yang diberikan walau apa pun terjadi. Nyawa dan maruah adalah sandarannya.

"Jawab" pula adalah boleh menceritakan kebenaran dan tidak di ubah walau sepatah ayat dalam percakapan yang disampaikan. "Tanggung" dan "Jawab" ini pula tersimpan di dalam satu rahsia percakapan dan perbuatan yang tidak pula boleh di heboh hebah sesuka hati dan rasa.


Di dalam semua ini mempunyai hubung kait yang tidak terungkai melainkan dengan seorang "Guru Yang Murshid" lagi "Alim Bijak Laksana". Menerangkan sesuatu keadaan juga bukan menunjukan kebijaksanaan dan kepandaian. Berkongsi pendapat bukan menunjukan seseorang itu betul dan hebat. Menentang tidak mendatangkan faedah, menyerap mengundang padah.

Betul kata SULTAN dan RAJA - " Dengar bunyi Enggang makan buah beluluk, Dengar kata Orang terjun masuk lubuk", "Hari Panas tidak berpayung, dalam Hutan dikembang kain, menyusur Sungai bercapal tebal" , "Hidup dengan orang jadi kuli, hidup dengan Tuhan jadi hamba" , "Cinta manusia lebih kasihan, cinta ALLAH merindu sayang kekasih".

Sayang Bangsa pertahan Agama, sayang Bahasa betul Sebutan nya, sayang Keluarga ada Ilmu di dada, sayang Negara jangan di angkat pemimpin yang bukan haq nya.

Menyorok kebenaran itu menipu seluruh keturunan, anak cucu mencemuh sepanjang zaman. Hidup sehari memakan sumpah, sepanjang masa amalan habis di sedekah. Menyumpah kerana tertindas adalah satu doa yang terus di makbulkan. Jangan rasa menindas hanya kepada satu orang manusia sahaja, lihat perbuatan itu ada ke terkena kait pada seluruh perkara. Manusia melihat, haiwan melihat, sama ke penglihatan itu?

Ilmu boleh diwarisi tapi haq mutlak hanya DIA sahaja mengetahui. Jangan selalu mempertikai, lihat dan pandang jalan penyelesaian. Selalu diangkat belum tentu betul, lihat siapa yang mengangkat dan apa maksud tujuan mengangkat.

Pangkat yang terbaik didalam hidup adalah "ALLAHYARHAM" yang didoakan selalu apabila disebut, selain itu disebut "MATI".

Semasa hidup elok mengaji sejalan elok hal mengkaji, nanti dah tua dirujuk lagi, untuk jalan penyelesaian hidup hakiki.

Bila dah mati tenang kah lagi jawapan "NUN" di hujung nanti, bukan berebut tak nak mengaji, asyik leka hidup duniawi. Tanya diri, siapa diri, siapa terperi, tanya juga hati insani, jangan biar digelombang ruhani sehingga lupa diri nurani.

Cari untuk jadi Insan, pergi cari untuk lebih Ehsan supaya hidup jadi manusia berfikiran dan akal manusia Kesian.

Hidup berpegang Al-Quran dan Hadis, ikut lah sunnah Rasullullah SAW.

Islamlah seseorang itu bila dia;
Betulkan ucapan "Syahadah" kerana ada yang bersyahadah seperti burung tiong yang tidak memahami maksudnya,
Jangan tinggalkan "Solat" kerana itulah seri diri dalam beragama.
"Berpuasa" pada bulan Ramadhan.
Pergilah tunaikan "Haji" bila sudah berkemampuan.
Jangan lupa membayar "Zakat" apabila sudah tiba masanya.

Apa kaitanya -

Beriman seseorang itu bila dia;
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Nabi dan Rasul
Percaya kepada hari Kiamat
Percaya kepada Qada dan Qadar

Kerana -

Jangan jadi SULTAN dan RAJA jika tak sanggup menunaikan perintah ALLAH
Jangan mengimpikan menjadi PEMIMPIN jika tak sanggup membuang segala harta yang ada pada diri
Jangan berlagak ulamak jika tak habis mengaji

Oleh itu -

Jadikanlah Ullul Azmi sebagai contoh dan ikutan
Jadikanlah Ulamak dan Umaraq tempat rujukan
Jadilah manusia terdidik dengan ilmu yang haq dan menolak kebatilan


Salah menulis minta di ampun
Salah kata minta di maaf
Hidup bukan tegak bekurun
Nak kongsi sikit ilmu terhimpun

Salah silap adat manusia
Tak salah tak silap hanyalah DIA
Malaikat pencatit syok sahaja
Dok perati apa dikata
Nak buat report tiap lah masa

Syaitan dok bengang asyik dok perati
Nak masuk tang mana nak letak manusia sorang ni
Letak kot nafsu elok sekali
Biaq dok bangga orang dok puji

Bila dah puji siap lah kan diri
Ingat syaitan ni nak angkat lagi
Rupanya ada strategi sendiri
Masukkan kelubuk penghinaan tanpa henti

Bila berlanjut sampai tak sudah
Pekara furaq bawaq ke pundak
Nak selesai apa kalau dah mudah
Dok rasa bangga diri bermegah

Itu lah beza antara kita
Malaikat Manusia Haiwan Jin Alam dan juga Syaitan
Semua ada satu kewajipan
Jalan tugas penuh ketaatan

Jangan samakan Malaikat Manusia Haiwan Jin Alam dan juga Syaitan
Kerana masing-masing ada tugas nak dilaksanakan
Jika ada akal elok gunakan
Jangan asyik dok perambat nak kupaskan

Ada buah elok di makan dengan kulitnya
Ada buah jangan di makan dengan kulitnya
Ada akal gunakan pada tempatnya
Ada akal tak perlu fikirkan apa-apa
Ada hati yang jangan di ikut
Ada hati yang perlu di turut


Waallah hu alam.....

No comments: