PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
Lahirnya Cekak Kerana Kesedaran
Bukan Bermusuh Sebagai Tujuan
Untuk Mendaulatkan Seni Kebangsaan
Mensesuaikan Dengan Makna Kemerdekaan
Silat Cekak Benar-benar Asli
Tidak Bercampur Hak Luar Negeri
Hendaklah Belajar Bersungguh Hati
Untuk Menjaga Diri Sendiri
Silat Cekak Tersangatlah Mudah
Bagi Mereka Yang Mendapat Hidayah
Sungguhpun Begitu Hendaklah Tabah
InsyaAllah Mendapat Faedah
Silat Cekak Pada Lahirnya
Pengertian Gerak Pada Batinnya
Hendaklah Mahir Seluruh Anggota
Hendaklah Jujur Pada Jiwanya
Taat Ke Guru Membawa Berkat
Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat
Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat
Jika Menderhaka Menjadi Mudarat
Semua Ilmu Tiada Yang Lekat
Sebenar Guru Ada Hakikat
Di Kuat Pula Amalan Syariat
Di Tambah Pula Ilmu Makrifat
Berpakaian Pula Dengan Isyarat
Dua Ibu Bapa Tak Boleh Derhaka
Besar Jasanya Kepada Kita
Kalau Menderhaka Bahaya Menimpa
Di Akhirat Kita Masuk Neraka
Wajiblah Menjaga Diri Sendiri
Menerima Amanah Tuhan Rabbi
Menerima Amanah Tuhan Rabbi
Supaya Menjadi Mukmin Sejati
Demi Meneak Islam Yang Suci
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM Al Marhum Ustaz Haji Hanfi Bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.



No comments:
Post a Comment